Habib Ahmad bin Alwi Al-Haddad


Peribadinya

Beliau ialah seorang ulama yang memilki perilaku ganjil (khoriqul a’dah) iaitu diluar kebiasaan manusia umumnya. Beliau ialah waliyullah yang sengaja disembunyi kewaliannya agar orang biasa tidak menyedari kelebihannya kerana dikhuatirkan umat Nabi Muhammad s.a.w. terlalu mencintainya dan agar tidak terlena dengan karamahnya tersebut maka Allah SWT menutup karamahnya tersebut dan hanya orang-orang tertentu yang dapat melihat semua karamah beliau.

Beliau juga ialah ahli darkah, ertinya saat-saat orang dalam kesulitan atau sangat memerlukan beliau muncul dengan tiba-tiba.

Gelar Habib Kuncung yang diberikan kepada beliau mungkin kerana kebiasaan beliau mengenakan kopiah yang menjulang ke atas (muncung) dan perilaku beliau yang terlihat aneh dari kebiasaan orang pada umumnya terutama dalam hal berpakaian.

0 ulasan:

Catat Ulasan